Pages

Friday, March 26, 2010

Tazkirah hari Ini

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
> bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid
> dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis,
> maka baginda pun berkata, 'Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?'
>
> Maka berkata orang muda itu, 'Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
> meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
> memandikannya.' Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
> Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
> orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu
> telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan
> memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, 'Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
> mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.'
>
> Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda
> itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun
> tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para
> sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak
> dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi
> hutan yang hitam.. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
> 'Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia
> didunia dulu?'
>
> Berkata orang muda itu, 'Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
> solat.' Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, 'Wahai para sahabatku,
> lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti
> akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.'
>
> Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
> sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila
> mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang
> membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah
> mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
> Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
> 'Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
> membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S..W.T yang
> memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.'
> Lalu para sahabat bertanya, 'Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
> mayat ini?' Berkata ular, 'Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
> antaranya;
> 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
> 2.. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
> 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya'.
>
> JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,
> KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Saturday, March 13, 2010

Baik Diam

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.



Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia

Puding Jagung

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad

1 tin jagung manis

1 tin susu cair / 2 cawan santan

1 cawan gula

2 cawan air

1 sudu teh esen vanilla


Caranya:


1. Campurkan semua bahan-bahan tersebut.

2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.

Manggo Puding

100 gm blended mango (puree)
100 gm mango cubes
30 ml UHT milk
20 gm halal gelatine
80-100 gm sugar
300 ml water
250 gm of vanilla ice-cream

1. Mix water, sugar and gelatine in pan. Boil over slow fire until sugar and gelatine dissolve.
2. Leave the mixture to cool. When cool, add mango puree, mango cubes, whip cream and ice-cream.
3. Stir mixture until all ice-cream is melted. Pour into small cups and leave in fridge to set.

Rasulullah S.A.W Suami Contoh

Kebahagiaan keluarga merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang. Melalui keluarga akan nanti melahirkan ulama, cendiakawan, usahawan atau pimpinan yang unggul.
Suami dalam keluarga memainkan peranan penting dalam memimpin seisi keluarga. Melalui kepimpinan suami itulah mempengaruhi kejayaan dan kebahagiaan sebuah keluarga.
Bagaimanakah ciri-ciri suami yang berjaya?
Bagi menjawab persoalan ini kita perlu menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami yang berjaya malah Baginda mempunyai ciri-ciri suami idaman seluruh wanita.
Ciri-ciri tersebut termasuk:
1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati
Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:
• Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
• Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
• Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
• Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
• Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
• Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)
2- Romantik
Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah?
• Tidur bersama isteri dalam satu selimut – Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur)
• Saling memakaikan wangian – Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)
• Mandi bersama isteri – Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
• Minum menggunakan bekas yang sama – Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)
• Membelai isteri – “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)
• Mencium isteri – Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)
• Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)
• Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).
• Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)
• Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)
3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri
Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”
4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri
Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.
5- Membantu isteri
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”
Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.
Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?
Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!
(Nurjeehan: Semoga bertemu cinta hakiki di-dunia & Insya Allah, biar sampai ke Jannatul Firdausi – “Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin” )

Tenangkanlah hatiku Ya Allah

Seawal pagi aku sudah bgn membersihkan diri..memohon keberkatan dan rahmat dalam doa kudusku..aku mengharapkan ketenangan hati dan kebahagian yang menyelubungi hatiku setelah aku menempuh pelbagai ranjau kekecewaan..ya Allah tabahkan hatiku..kurniakan aku ketenangan dan tetapkanlah hatiku dalam agamaMu..diwaktu aku maraup wajah..sempat aku perhatikan jam yg masih awal..6.15pagi..hmm..lantas kubuka lembaran2 kitab suci..kubaca dengan penghayatan setiap baris-baris ayat brsama terjemahan..tanpa kusedari airmataku menitis lagi ketika melewati ayat-ayat peringatan dan janji drNya..ya Allah hikmah yang Engkau kurniakan ini tidak lebih dari menguji keimanan ku sebagai hambaMu..tanpa kusedar, hari semakin terang..membawa bersamanya suria yg begitu ceria seceria hati dan semangatku yg baru..kulipat cermat telekung solatku dan mencapai pakaian untukku memulakan detik waktuku sebagai seorang pelajar yang juga da'ie kpdNya..kelasku yg bermula selewat jam 9 pagi membolehkan aku bersarapan bersama Zia, sahabatku yg kukenali dari tahun satu lg..Zia sudah mula memanggilku sebaik sahaja aku selesai memakai tudung..kami brsama2 menjamu selera di medan selera kolej ku.
kelasku bermula seperti biasa..cuma hari ni aku hanya mempunyai 3 kelas sahaja dan segalanya berakhir jam 1 tghari td..hmm..penat menimba ilmu,aku menjamu selera skali lg bersama sahabat-sahabatku..kali ini ada mel,caah,siti,nor dan bel..gembira rsnya dapt berbual bersama2..hilang seketika kenangan semalam..kepedihan semalam yg masih bisa kulenyapkan dengan gelak tawa sahabat2..
tiba di pintu bilikku, aku terlihat sekeping kad undangan walimah..hatiku sebak..begitu mudah kau berpaling arah..seketika aku terimbau kenangan diwaktu aku di alam persekolahan..akhi itu menghulurkan salam ukhuwah untukku..aku yg pd ketika itu menyambutnya tanpaa berfikir pnjang..kulayangkan harapan padanya untuk menjadi teman dan sandaran dikala aku menitip jalan bertemu Allah..semakin lama,kemesraan itu datang tanpa aku sedari aku sudah mula terlanjur hati menyintainya..baru kusedari aku sudah mula mendahului akhi itu dr Allah..kekasih sejatiku..lantas penuh keberatan ku pohon darinya agar memutuskan hubungan kami.kukatakan padaNya..jika memang dia ditakdirkan untukku..maka Allah akan menetapkan hati kami..dia menerima dengan tabah..kulihat air mukanya turut menyesali segala perbuatannya dan di akhir perbualan kami..dia mengingatkan aku supaya bertaubat dan memohon agar ditemukan jodohnya denganku..setelah beberapa lama aku mendapat khabar dia sudah berlepas ke Mesir untuk menyambung cita-citanya untuk menjadi pendidik bangsa satu hari nanti...kuiringi langkahnya dari jauh dengan doa dan harapan agar dia diberkati Allah..tahun berganti tahun..aku juga sudah berjaya meletakkan diriku di menara ini..syukur rasanya..berkat doa keluarga dan anugerah Allah buatku..aku hanya menunggu setahun lagi untuk bergelar graduan..ya Allah permudahkan..satu hari tanpa aku duga..aku menerima satu mesej yang tidak kuketahui penngirimnya..."ya ukhti..kaifa haluk?ana bikhoir..ana harap enti pun begitu..ana cuma nak bagitau enti ana sudah sebulan lebih berada di Malaysia dan ana sudahpun bergelar pendidik di sebuah maahad..dan ana harapkan enti dapat hadir ke walimah ana tiga minggu lagi..kad undangan akan menyusul kemudian..doakan ana dan zaujah berbahagia selamanya..dan doa ana turut mengiringi enti.."
ya Allah tidak kuketahui perasaan sebenarku dikala itu..menangis?kecewa?...mungkin sedikit terluka tapi aku tidak kecewa..mungkin sudah sampai masanya dan sudah tertulis bukan aku zaujah yang dijadikan untuknya..mungkin ada hikmah disebaliknya..aku pasrah dengan segala yang Engkau kurniakan ya Allah kerana Engkau Maha Mengetahui..
lamunanku dikejutkan dengan jam loceng yang aku kunci untuk mnegejutkan aku sebelum waktu asar bermula..baru aku sedar..hampir 3 jam aku gunakan untuk mengenang kembali detik itu dan insyaAllah Ahad ini..akhi akan memulakan perjalanan hidupnya yang baru..aku mendoakan kebahagiannya..insyaAllah
selesai mengerjakan solat isya'..aku berkira-kira untuk mengulang kaji pelajaran..tepat jam 11 aku sudah ke katil..sebelum mata ini dipejamkan..aku berdoa semoga malam ini seperti malam2 sebelumnya..dapat ku bangun dan bermunajat padaMu..memohon cinta sejati dari Kekasih sejati..memohon ditenangkan resah dan gundah hati..memohon dihijabkan hati ini sebelum benar2 bersedia menyintai kekasihnya...ya Allah jika dia mmg ditakdirkan buatku..satukan hatinya dengan hatiku..satukanlah kami dalam syariatMu..kukuhkanlah ikatan antara kami dengan kasih sayang dan rahmatMu..dan sekiranya bukan dia untukku..tenangkanlah hatiku dengan ketentuanMu..yg lebih baik dan pada Engkaulah sebaik-baik sandaranku...

semoga hari esok membawa ketenangan buatku selamanya..andainya nyawa ku untuk hari ini..kumaafkan semuanya dan kupohon dihalalkan segalanya...wallahua'lam

PUDING ROTI

Puding Roti


Bahan-Bahan: 1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur
Cara: Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Cream Puff

Semalam kat sekolah ada jamuan makan-makan.Banyakla juadah yang dihidangkan.Antara sume2 juadah tu aku tertarik dengan 1 juadah,Cream Puff.Best gak kalau dapat buat.Lepas ja solat isyak aku terus mencapai laptop untuk cari resepi tu.Ni la resepinya.Kalau sapa-sapa nak try buat,bolehla cuba.

Cream Puff

Bahan-bahan ( 10 biji )
• 100ml air
• 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
• 60g tepung gandum- diayak
• 2 biji telur(100g)
Cara-cara
1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

7.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm
8.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
9.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

10.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Cara mudah buat krim kastad

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
• 1 sudu besar tepung
• 1 sudu besar tepung jagung
• 4 sudu besar gula
• 200cc(1 cup) susu segar
• 1 biji telur (L size)
• 1 sudu besar mentega
Cara-cara
1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur dengan 2 biji telur kuning. SELAMAT MENCUBA

Tazkirah Jumaat:Peluang bertaubat diberi berkali-kali

Manusia sering kecewa kerana apabila dizalimi tiada balasan serta merta mengena orang yang menzalami. Sedangkan Allah yang Maha Esa wujud, Maha Mengetahui dan Maha Menguasai setiap detik kejadian. Di manakah keadilan?

Persoalan ini meragukan insan yang ingin merapatkan dirinya kepada Allah dan agama yang diredai-Nya iaitu Islam. Mereka beranggapan dengan memeluk dan menghayati cara hidup yang diredai oleh Pencipta maka kesengsaraan akan hilang.

Bukankah definasi agama yang benar adalah agama yang membuatkan insan bahagia bukannya sengsara!

Namun, agama yang diredai ini bersifat paradoksikal pula. Semakin diserahkan diri semakin pula menerima seksa.

Penerimaan seksa masih boleh difahami kerana itu adalah ujian Allah untuk dibalasi di akhirat nanti. Sebaliknya, apa yang tidak boleh difahami adalah keadaan selesa dan gembiranya kehidupan orang yang menzalami. Inilah paradoksnya.

Kalangan yang beramal kebaikan tatkala yang beramal kejahatan menguasai cara hidup pasti menghadapi permasalahan ini. Dengan kata lain, suasana ini tidak berlaku di kala dunia didominasikan (baca dikuasai) oleh kalangan yang baik.

Ketika keadaan dunia adalah 'malam', golongan jahat akan menghimpit gerak golongan baik kerana mempertahankan cara hidup melalui kuasa. Mereka merancang dan melaksana dengan amat yakin kerana sumber kekuatan duniawi mereka mengatasi golongan baik. Golongan baik pula walaupun telah dilatih untuk bersabar dan bersedia secara mental untuk menghadapinya masih berpecah belah dengan hal-hal yang tidak fundamentals.

Persoalan Allah membenarkan golongan jahat menyeksa golongan baik boleh diterima. Sebaliknya, Allah membenarkan golongan jahat bergembira dengan kezaliman mereka malah menambah nikmat duniawi kepada mereka menjadi sesuatu yang meragukan. Sepatutnya (mengikut perkiraan golongan baik), "kami perlu menanggung seksa dan mereka akan dibalasi." Hakikatnya tidak, "kami menanggung seksa dan mereka semakin senang."

Kemungkinannya ialah Allah menangguh balasan kepada golongan yang jahat. Mengapa pula? Untuk memberi peluang bertaubat dan berubah kepada kebaikan. Peluang diberi bukan hanya sekali, namun sepatutnya beberapa kali agar suatu hari nanti (akhirat) seksa yang diterima adalah adil dan abadi. Kalau hanya sekali buat kesalahan dan terus ditimpa hukuman maka tidaklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Beri petunjuk dan peluang kepada dua jalan: buat baik dan buat jahat.

Seperkara lagi, bagi golongan baik tugasan mereka adalah beriman dan beramal saleh termasuk memberi peringatan dan khabar gembira. Mereka tidak ditugaskan untuk memaksa perubahan. Petunjuk dan perubahan manusia adalah milik Pencipta.

Rumusannya, peluang untuk bertaubat diberi berkali-kali agar kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, seksaan di sana adalah adil, berpatutan dan abadi. Oleh itu, jangan berduka atas kesenangan mereka. Doakan mereka berubah kerana di sana amalan sudah tidak diterima. Itulah keadilan Ilahi. - lanh

BIG PROBLEM

DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4..

sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa..

Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usaha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam. Sekian..


inilah benda tu......

Friday, March 12, 2010

Y a Allah,Ya Tuhanku..perkenanlah aku mencintaiMu

From: Salahudin Qutuz

Ya Allah, Ya Tuhanku…
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku…

Tuhanku…
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar
mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi
dan pada sudut pandang yang mengawang di awan

Tapi Rabbi…
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,
Tapi… Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan

Wahai Ilahi…
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali menatap, memohon
dan menghiba di keharibaanMu:
“Allahu Rahim, Ilahi Rabbi, Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku”.

Allahu Rahman, Ilahi Rabii…
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku Ilahi…
Aku tak sanggup mencintaiMu dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku

Rabbi…
Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar,
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad Atau
Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DeenMu Atau
seperti Ali Karramallahu Wajha yg hebat semangat kepahlawanannya.

Maka Ya Allah… Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di
tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim
ke handai taulan.

Ilahi… Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya
Kerana itu Ya Allah…
Perkenankanlah aku bertatih menggapai cintaMu
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai
permasalahan dunia

Rabbi..
Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu.
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Ya Maha Rahman…
Aku tak mampu mencintaiMu Bagai para al hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam
Dari itu.. Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku

Ya Rahim… Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumayyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DeenMu
Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad
Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan
untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Karim… Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela meninggalkan putera dan zaujahnya,
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya
Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya
Dengan mencintai keluargaku
Dengan mencintai sahabat-sahabatku
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya

Allahu RahmanuRahim, Ilahi Rabbi…
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku..
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya.

Kisah benar:-Wasiat Buat Isteri Tersayang

Seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:

30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. " "Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

- she should be thankful.... . she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlahpesanku biarpun satu ayat.."